? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, October 1, 2010

jangan kamu



Bismillahirrahmanirrahim...





jangan kamu meninggalkan zikir
(menyebut @ mengingati Allah)
disebabkan tidak hadir hatimu terhadap Allah dalam zikir itu,
ini kerana kelalaian kamu terhadap Allah ketika tidak berzikir...
itu lebih berat @ bahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir


mudah-mudahan Allah s.w.t akan mengangkat darjatmu,
daripada zikir yang ada kelalaian kepada zikir yang hatimu sentiasa sedar,
dan seterusnya kepada zikir yang beserta kehadiran Allah dalam hati ,
dan akhirnya kepada zikir yang lenyap segala yang lain selain Allah,


dan itu semua tidaklah sukar bagi Allah.



syarah al-Hikam


Sheikh Al-Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin Athaillah Iskandary


Friday, October 16, 2009

iLmu IKHLAS!

Salam...alhamdulillah, MySpace la ni, kte cte pulok pasl ikhlas ... mga ade manfaatnye, insya Allah.

+++++++++++++++++++++++++

"Mari kuajarkan kamu tntg ikhlas", kata seorang guru kpd muridnya.

"nanti sy ambilkan buku dn pena utk menulisnya"

"x payah, bawa je karung GUNI"

"karung guni?",MySpace soal ank muridnya, seperti x percya.

"MARI KITA KE PASAR!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yg berbatu2.

"kutip batu2 yg besar dan masukkn ke dlm guni yg kau bawa tu", kata guru itu mmberi arahan.

Tanpa soal , anak muridnya memasukkan batui2 besar yg mereka temui spnjg jln.

"cukup?"

"belum, isi smpai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa2. berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"tuan guru, kita x beli pape?"

"tidak. bukankah karung guni mu sudah penuh? "

"ya, ya....", kata si murid , agak keletihan.

.......snap..........


"byk beli brg", tegur seorg kenalan apabila melihat guni mereka dgn guni YG KELIHATAN BERAT TU.

"wah, tentu mreka berdua ni org kaya! byk sungguh brg yg dibeli!", kata seseorg.

"agaknye mrk nk buat knduri besar kot".kata yg lain pula.

sebaik kembali ke tempat tgal mereka, si murid meletakkan guni yg berisi batu2 tadi.

"oh...letih sungguh, ape yg kte nk buat dgn batu2 ni tuan guru?"

"x buat apa2"

MySpace

"eh, kalau bgitu letih sahajalah sy", balas anak murid

"letih mmg letih, tapi kamu dah belajar tntg ikhlas"

"ikhlas?", si murid kehairanan.

"kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dlm beramal."

"dgn memikul batu2 ni?"

"ya. batu2 itu umpama amalan yang riyak. tidak ikhlas.org memujinya seperti org2 di pasar tadi memuji byknya brg yg kamu beli. tapi, kamu sndiri tahu itu bkn brg makanan atau keperluan , tetapi hanya batu2."

"amal yg x iklas umpama batu2 ni?"

"ya, hanya berat shj yang ditanggung.dipuji org tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. yg kamu dapat, hanya PENAT."

"Ya , sekarang sy faham apa akibat jika beramal ttp x ikhlas!", ujar sang murid.



* dalami maknanya..fikir2kanlah, ramai manusia tertipu dalam beramal krn m'harapkan pujian. padahal kata2 pujian hakikatnya hanya menyebabkn diri terseksa krn terpaksa hidup dalam keadaan yg bermuka2. rugi benar org yg x ikhlas. terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


MySpace




sumber: majalah solusi (isu no.10), m/s108.

Monday, October 12, 2009

hanya SEKALI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. [BERSEDIAKAH KITA?]

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun



Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. [MATI ITU PASTI ]

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
[tapi kita seolah-olah mengejar yang fana : cinta murahan, harta yang akan ditinggalkan, tujuan hidup yanag lari dari landasan keikhlasan ]


1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

[MEREKA MEMILIH, KITA MEMILIH. HIDUP MULIA, HIDUP HINA.]

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.



Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...



Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.



Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.



Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... .

Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai..



+ YA,memang benar hidup hanya sekali, orang kata 'enjoy' la sepuas hati sbb lepas ni tak da peluang lagi,,,( tepuk dada, tanya IMAN ) tapi TANPA DISEDARI atau KITA TAK NAK SEDAR,( mati JUGA SEKALI kerana selepas itu KITA HIDUP KEKAL ABADI +






p/s : moga tangan yang menulis lebih dekat dari mata yang melihat.

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak !



KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR !

Monday, August 24, 2009

Matikah Hati ???


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :


1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.


2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.


3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.


4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.


5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.


6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.


7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.


8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.


9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.


10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.




Hidupkan Kembali Hati .... Di Bulan Yang Mulia Ini ~

Saturday, August 22, 2009

Pujukan Untukmu ....



Jangan bersedih, sebab Allah senantiasa membela Anda, para malaikat
selalu memintakan ampunan untuk Anda, orang-orang mukminin bersatu
mendoakan diri Anda setiap usai solat, Nabi memberikan syafaat, dan
Qur'an memberikan janji yang baik. Namun di atas segalanya, ada kasih
sayang Dzat Yang Maha Pengasih.


Jangan bersedih, sesungguhnya satu kebaikan itu akan dibalas dengan
sepuluh kali lipatnya hingga tujuh ratus kali lipat. Bahkan dengan kelipatan
yang tidak terhingga. Sedangkan kejahatan itu hanya akan dibalas dengan
kejahatan yang serupa, kecuali jika Allah memberikan ampunan. Bukankah
Allah memiliki demikian banyak kemurahan yang tidak ada bandingannya?


Jangan bersedih, kerana Anda termasuk pemuka-pemuka tauhid,
pembawa agama yang hak, dan ahli qiblat. Dalam diri Anda terdapat dasar
cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasululah. Anda merasa menyesal
saat melakukan dosa, dan gembira saat melakukan kebaikan. Anda memiliki
kebaikan tapi tidak menyadarinya.


Jangan bersedih, sebab Anda selalu berada dalam kebaikan, baik dalam
keadaan sengsara maupun bahagia, dalam keadaan kaya maupun miskin,
dan dalam keadaan tertekan maupun lapang. Sebagaimana Rasulullah
sabdakan, "Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah
baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan
baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah
kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin."
**petikan ; La Tahazan - Dr. 'Aidh

Bonus Ramadhan :)



Sesungguhnya bulan Ramadhan mempunyai kelebihan dan
keistimewaan yang banyak dan tidak terdapat di bulan-bulan yang
lain. Keistimewaan ini adalah dari sudut pelaksanaan ibadah dan
kelebihan menghidupkannya. Di antara keistimewaan bulan ini
ialah:

a. Keistimewaan ibadah puasa.

Ibadah puasa berfungsi untuk menyemai dan menyuburkan ketakwaan
dan sifat kehambaan kepada Allah SWT. Puasa juga merupakan
ibadat yang difardhukan kepada umat yang terdahulu dan
termasuklan umat Nabi Muhammad SAW. Ketaatan untuk melaksanakannya
merupakan "ta'abbud" kepada Allah dan jika dilaksanakan
dengan penuh keikhlasan dan penghayatan yang baik,
maka kesan yang terhasil amat hebat iaitu lahirnya individu-individu
muslim yang mempunyai jati diri yang kental.

b. Kelebihan dan keistimewaan Lailatul Qadar.

Rebutlah peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari
1000 bulan atau 83 tahun ini.
Malam yang hanya berlaku setahun
sekali ini adalah dipenuhi dengan keistimewaan kerana Allah SWT
menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan
kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berusaha
mendapatkannya dengan amal ibadat seperti solat, membaca al-
Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. Prof Dr Hamka mengungkapkan
dalam Tafsir al-Azhar; Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan yang
tinggi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW kerana itulah permulaan
Malaikat Jibril as menyampaikan wahyu kepadanya.

c. Khabar gembira daripada Rasulullah SAW.

Kedatangan bulan Ramadhan telah dinyatakan sebagai khabar
gembira daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya
sebagaimana hadis baginda:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang
penuh keberkatan di mana telah diwajibkan kepada kamu
berpuasa. Di bulan inilah pinu langit dibuka seluas-luasnya, ditutup
rapat pintu neraka, diikat pula pergerakan syaitan, di bulan
iniah juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu
bulan. Jadi sesiapa yang terlepas akan keberkatan dan
kebaikan malam tersebut maka dia adalah orang yang rugi
dan terlepas dari segala kebaikan malam itu"

d. Keampunan daripada Allah SWT.

Kedatangan Ramadhan merupakan penghapus dosa yang
dilakukan oleh manusia jika bulan tersebut dipenuhi dengan amalan
yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Malah kedatangannya
pada tahun ini akan menghapuskan dosa yang lalu selama seorang
hamba tidak melakukan dosa-dosa besar. Hadis Rasulullah SAW
ada menyatakan:

"Solat lima waktu, satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang,
dari satu Ramadhan ke Ramadhan yang akan datang adalah
penghapus dosa bagi seorang muslim selama mana dia menjauhi
perbuatan dosa besar"

e. Pintu syurga ar-Rayyan dibuka dan dikhaskan kepada orang
yang berpuasa.

Pintu syurga yang bernama ar-Rayyan disediakan khas bagi orang
yang berpuasa, akan berhias dan mengindahkan suasana di syurga
bila menjelang kedatangan Ramadhan. Rasulullah SAW ada
bersabda:

"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang disebur
ar-Rayyan, dipanggil dan diseru pada hari kiamat nanti;
manakah dia orang-orang yang berpuasa? Lalu bila orang
yang terakhir dari mereka telah masuk ke dalamnya, maka
pintu itupun ditutup"

Saturday, June 13, 2009

NAIK TURUN ^



IMAN di hati umpama lautan biru yang luas pandangan ...

Ada tika PASANG ada tika SURUT .....

Maka tetapkanlah IMAN kamu teman !

Pastikan ia tetap PASANG

jangan dibiarkan surut !!!




Istiqomah dalam Mujahadah ~


Ramai yang tahu dam mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya.

Mengapa?


Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu.


Bagaimana kita hendak mengalahkan 2 musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri?

Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata.

Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin. Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir.


Mengapa dikatakan demikian?

Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya.Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan.

Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.

Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri.

Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu.

Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.

Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’.

Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.

Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala…. ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.

Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah.

Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.



Firman Allah : " Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan
lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak
nafsu mereka." (As-Syura :15)


Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

Thursday, June 4, 2009



LA TAHZAN!!

sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang bersabar~~