? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 12, 2009

hanya SEKALI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. [BERSEDIAKAH KITA?]

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun



Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. [MATI ITU PASTI ]

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
[tapi kita seolah-olah mengejar yang fana : cinta murahan, harta yang akan ditinggalkan, tujuan hidup yanag lari dari landasan keikhlasan ]


1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

[MEREKA MEMILIH, KITA MEMILIH. HIDUP MULIA, HIDUP HINA.]

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.



Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...



Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.



Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.



Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... .

Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai..



+ YA,memang benar hidup hanya sekali, orang kata 'enjoy' la sepuas hati sbb lepas ni tak da peluang lagi,,,( tepuk dada, tanya IMAN ) tapi TANPA DISEDARI atau KITA TAK NAK SEDAR,( mati JUGA SEKALI kerana selepas itu KITA HIDUP KEKAL ABADI +






p/s : moga tangan yang menulis lebih dekat dari mata yang melihat.

1 comments:

syed mohamed bin syed hassan (jen) said...

nice blog..hehe..eh...jgn lupe ma singgah blog jen...hehe