? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 18, 2008

TIPS ; Hindari Zina Hati


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.”
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
Dalam al_quran sendiri ada menyatakan arahan buat orang2 mukmin [ lelaki & perempuan ] ; bahawasanya , mereka hendaklah menundukkan pandangan mata mereka .. !
Berpuasa adalah langkah baik. Inilah ubat hindari rindu yang sangat baik. Bukankah puasa ertinya menahan diri dari sesuatu yang tak disukai ALLAH . Bukan sahaja menahan perut , malahan hikmah puasa itu , menahan nafsu syahwat kita . Hayatilah hikmahnya ...
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik buat mereka yang sudah berkemampuan . Inilah ubat rindu paling baik , buat mereka yang sudah berkemampuan dan puasa masih tak dapat menahan dirinya

Sunday, December 14, 2008

interesting place 4 ur holiday.

KUDUS MINAR,CENTRAL JAVA,INDONESIA.

SULEYMAN MOSQUE,TURKEY.

GREAT MOSQUE of AGADEZ,NIGER.

TAJ MAHAL,AGRA,INDIA.

XIAN MOSQUE,CHINA.


MOSQUE of MOHAMED ALI,EGYPT.





TAMAN TAMADUN ISLAM,TERENGGANU

salam.

kepada semua yang tgh bosan2 cuti ni.ajak la family pergi bercuti di negeri Terengganu.sbb kat sana byk tempat2 menarik yang boleh dilawati esp,TAMAN TAMADUN ISLAM ni.sbb banyak sejarah2 ISLAM yang boleh diketahui diseluruh pelusuk dunia.kalau anda lawat tempat ni rasa macam duduk kat oversea je.boleh pergi,Masjid Biru di Turki,Masjidil Haram di Makkah,Masjid Nabawi di Madinah,Kubah as-Sakhrah di Palestin dan byk lagi.terdapat 21 buah replika masjid di sini.anda tidak akan berasa rugi.untuk information lebih lanjut,layari;

http://taman-tamadun-islam.blogspot.com/

sekian.semoga cuti ini tidak disia-siakan.insyaAllah.

Saturday, December 13, 2008

::KLS::



Buat kawan-kawan lepasan SPM ~
Jom kita reramai mapankan time cuti dengan timba pengalaman di KEM LEPASAN SPM !!
FIKRAH di satu + AMAL di buru + UKHUWWAH di padu
For more details ~
Untuk puteri F5_08 .. hubungi ; haannazak25@gmail.com

Thursday, December 11, 2008

::AL_FAROUQ::



Nama sebenarnya ,,, UMAR B. AL-KHATTAB B. NAUFAL . Beliau dari suku Quraisy Bani Adi . Lahir pada tahun 583M … dan mendapat gelaran al-FAROUQ , yakni pemisah antara HAK & BATIL . Gelaran ini telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. .

Selain dari KETEGASAN & KBERANIAN , Saidina Umar r.a juga terkenal sebagai ahli sastera yang HEBAT , penyair yang BIJAKSANA dan semestinya seorang yang sangat ADIL dan TAAT pada perintah ALLAH .

Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a ,, banyak Negara telah berada di bawah pemerintahan Islam , termasuklah Palestin , di mana terletaknya Baitul Maqdis . Saidina Umar al-Khattab telah Berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau al-Quds dari kekuasaan Rom yang zalim . Penduduk al-Quds ketika itu majoritinya beragama kristian , menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintahan Rom sebelum itu . Setelah al-Quds berada di tangan Islam , penduduk kristian di situ ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar al-Khattab sendiri dan enggan membuat perjanjian dengan mana-mana pemerintah Islam yang lain . Hal ini demikian kerana , mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar al-Khattab yang sangat terkenal dengan sifat keADILan dan KASIHnya terhadap golongan miskin , fakir dan mustadaffin .



Justeru , Khalifah Umar al-Khattab r.a memenuhi permintaan penduduk al-Quds . Beliau berangkat ke sana dengan diiringi seorang pembantu dan seekor unta sebagai tunggangan dari Madinah . Oleh kerana ada seekor unta sahaja , maka Khalifah Umar dan pembantunya bersetuju untuk bergilir-gilir menunggang unta tersebut . Di mulai dengan Khalifah dan seterusnya pembantunya sehinggalah mereka tiba ke kota al-Quds .
Apabila hampir tiba di kota al-Quds , tibalah giliran pembantunya menaiki unta tersebut dan Khalifah Umar pula perlu berjalan kaki . Pembantu Khalifah enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan Khalifah Umar al-Khattab r.a . Pada pendapatnya , tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedang Khalifah pula berjalan kaki dan sewajarnya Khalifah di beri penghormatan menunggang unta , bukan dirinya .
Namun , Khalifah Umar enggan dan marah dengan sikap pembantunya , kerana hal ini bercanggah denagan persetujuan di antara mereka berdua …. Dan kini , merupakan giliran pembantunya menuggang unta . Dengan TEGAS , Umar menyuruh pembantunya menunggang unta . Menurut Khalifah Umar ;
“ Inilah ajaran ISLAM . KEADILAN adalah hampir kepada TAQWA , aku tidak
sedikitpun keberatan berjalan kaki sedang engkau menunggang unta . Terpulanglah
kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsuran masing-masing . Aku sanggup
member penjelasan jika mereka kehendaki . Nah , sekarang ikut perintahku !Ikut
perintah khalifahmu … Naiklah unta ini ! ”


Setelah memasuki kota al-Quds , beduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan Khalifah Umar al-Khattab r.a , namun , ternyata mereka kaget melihatkan situasi ; apabila Khalifah berjalan kaki sedang si pembantu menunggang unta . Hati mereka benar-benar terusik .. hairan dan kagum . Betapa besarnya perbezaan yang dapat mereka lihat antara pemerintahan Rom dan Islam . Insiden ini benar-benar menambahkan rasa hormat mereka terhadap pemerintah Islam yang begitu randah diri .
Nah ! Mari kita koreksi ……
Betapa ramai kini pemerintah @ pemimpin yang berperibadi seperti ini ? Betapa ramai pula di antara kita yang ingin mencontohi peribadi al-Farouq ini ???





Tuesday, December 9, 2008

Di mana RIJAL ????



Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’
.... Kembalilah RIJAL .....