? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 14, 2009

akhwat SEJATI..


akhwat sejati bukanlah dilihat dari sifat supernya dalam bergaul,,tetapi dari sejauh mana ia bisa menjaga kehormatan dalam bergaul..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya,,tetapi dari kecantikan hati yang ada di baliknya..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,,tetapi dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari sberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,,tetapi dari sejuh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan,,tetapi dari kekhawatiran dirinya lah yang mengundang orang lain jadi tergoda..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempersona,,tetapi dari sejauh mana ia menutupi tubuhnya itu..
= akhwat sejati bukanla dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,,tetapi dari apa yang dibicarakan mulutnya..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kemampuannya berbahasa,,tetapi dari bagaimana caranya ia berbicara..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan,,tetapi dari keikhlasannya memberikan kebaikan tersebut

Monday, January 12, 2009

Belum Layak Lagi..

Lelaki Idaman Saya adalah Seorang Lelaki yang Beriman
Yang Hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan Ilmu
Yang Solatnya adalah Maruah Dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang yang berjuang di jalan Allah
Yang Istiqomah dengan perjuangan menegakkan Islam…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan Ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan Harta Dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan, walaupun musuh Allah sentiasa mendatang…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki yang menghormati Ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga Rukuntangga
Yang akan mendidik Isteri dan Anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana Dunia baginya adalah Persinggahan
Dan Akhirat adalah Singgahsana kenyataan…

Lelaki Idaman Saya sentiasa bersedia menjadi Imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbual dan berbicara
Yang menjaga matanya daripada kemungkaran
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan Rahmat Allah ke atasnya…

Lelaki Idaman Saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya lesu kerana kepenatan membaca
Suaranya serak kerana penat Mengaji, Berzikir dan Berjihad
Bangunnya Subuh penuh Kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah dengan penuh kematangan…

Lelaki Idaman Saya sentiasa mengingati Mati
Yang baginya hidup di dunia adalah Ladang Akhirat
Yang mana Buah Kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan Perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki
Yang tidak terpesona dengan Buaian Dunia
Kerana Dia mengimpikan Syurga
Di sanalah Rumah Idamannya
Dan Dia ingin membawa Saya bersama
Dia lah Lelaki Idaman Saya..

Tapi jauh di sudut hati sedar dan insaf
Tak layak kumendambakan yang terbaik
Andai diri ini belum bisa menjadi yang terbaik..

Thursday, January 8, 2009

Ayuh !! SAVE PALESTINE


Mengadakan Solat Hajat Perdana
1. Majlis Solat Hajat Perdana Dan Penerangan Keganasan Israel Di Palestin
  • Tarikh : 8 Januari 2009 (Khamis)

  • Masa : 7.00 MalamTempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan

  • Penceramah : Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor , Pengarah PACE

  • ATURCARA :Solat Maghrib, Solat Hajat, Ceramah dan Penerangan Multimedia oleh Pengarah PACE, Solat Isya


2. SOLAT HAJAT PERDANA

  • Sabtu 10 Januari 2009 , Jam 7 malam

  • Di Surau Taman Tasik Jaya , Senawang, N.Sembilan

  • Aturcara :Solat Maghrib, Solat Hajat, Tazkirah "Ujian Umat Islam" oleh Al Fadhil Ustaz Kassim Tahir , Solat Isya


Melancarkan dan memperhebatkan kutipan tabung Palestin

  • Sumbangan boleh disalurkan kepada:Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia –Maybank 562209608847Tabung Amal Palestin
Menggesa generasi muda untuk membina kesedaran masyarakat dan generasi muda melalui persembahan dll.

  • PROGRAM UNTUKMU PALESTIN

  • Tarikh : 10 dan 11 Januari 2009

  • Tempat : Stadium dan Astaka Taman Tasik Titiwangsa, KL.

  • Anjuran :Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus KL dengan kerjasama AMAN Palestin dan nasyeed.com.

  • Maklumat lanjut: http://untukmupales/ tin.blogspot. com


Tentatif:Sabtu (10 Januari 2009)



7.30 pg - 11.00 pg : Larian Amal "Walk for Peace".



8.00 pg - 6.00 ptg : Pertandingan Futsal "Piala Al-Quds"



8.00 pg - 4.00 ptg : Pertandingan Paintball



8.00 pg - 4.00 ptg : Pertandingan Mewarna dan Dekorasi Kek untuk Kanak-kanak



10.00 pg - 7.00 ptg : Pameran "Kembara Derita Al-Quds"



10.00pg - 7.00 ptg : Ekspo, Jualan dan Gerai Klinikal



7.30 mlm - 11.30 mlm : Majlis Pelancaran Program "Untukmu Palestin" dan Forum Nakbah : 60 tahun derita Palestin"



Ahad (11 Januari 2009)



8.00 pg - 6.00 ptg : Pesta Paintball



10.00 pg - 7.00 ptg : Pertandingan Mewarna dan Dekorasi Kek untuk Kanak-Kanak : Pameran " Kembara Derita Al-quds" : Ekspo, Jualan dan Gerai Klinikal



8.30 mlm - 11.30mlm : Konsert Keamanan "We Hear, We See"



**Maklumt lanjut:Ahmad Tantawi - 017 6387010 & Rahmah -017-2491556 / 013- 2762598


Menghadiri setiap rapat umum, demonstrasi, majlis kenyataan akhbar

DEMONSTRASI Rakyat Negeri Sembilan Menyokong Perjuangan Rakyat Palestin



  • Tarikh:JUMAAT 9 Januari 2009

  • Tempat:Di Perkarangan Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan

  • Masa:Selepas Solat Jumaat


Demonstrasi Anti Yahudi , Israeil , Zionis

  • Tarikh : 9 Januari 2009 (Jumaat)

  • Masa : 2 petang (lepas solat Jumaat)

  • Tempat: Masjid Bandar Seri Jempol , Jempol , N.Sembilan

  • Hubungi : Al Fadhil Sheikh Ustaz Haji Wan Azhar 019-9619876


Penyerahan Memorandum.

  • Penganjur: Coalition Of Malaysian NGOs Against The Persecution Of Palestinians (Complete)

  • Tarikh: 9 Januari 2009

  • Masa: Selepas solat Jumaat (2.00 petang)

  • Tempat berkumpul: Depan kompleks tabung haji & sepanjang Jalan Tun Razak (sebelum 2.00 petang)

  • Pakaian: Mengikut tema kempen utk pembebasan Palestin - warna hitam, hijau, putih & memakai simbol yang ada kaitan dgn Palestin (skaf, badge, baju)

  • Bahan Lain: Setiap individu boleh membawa sepanduk & placard untuk menunjukkan bantahan


Rapat Umum Rakyat Malaysia - "Selamatkan Gaza"




  • Tarikh: Sabtu 10 Januari 2009

  • Masa: 9.00-12 tengahari

  • Tempat: Di Stadium Melawati , Shah Alam

  • Anjuran: Aman Palestin

  • PEMIDATO :


1. Dr Mujahid Yusof Rawa , PAS



2. Sdr Yusri , ABIM



3. Sdr Abdullah Zaik , ISMA



4. Sdr Mustafa Kamil Ayub , PKR



5. Ahli Parlimen Pangkor , BN



6. Wakil Aman Palestin dan ramai lagi




  • Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

  • Maklumat lanjut di http://www.amanpale/ stin.org Rujuk fliers


Perhimpunan umat bersama Rakyat Palestin




  • Tarikh: 9 Januari 2009 (Jumaat)

  • Masa: Selepas Solat Jumaat (2.00 petang)

  • Tempat:Masjid Kapitan Keling, Pulau PinangRujuk fliers.

BlogGing ~

To All My Beloved Akhwat-Fillah ( Form5"08::SMKA MH )



Marilah kita beramai-ramai meng'imarah'kan blog ini ! Ketahuilah sahabatku yang tercinta , bahawasanya blog ini adalah hak milik bersama .

Jadikanlah blog ini sebagai wadah kita eratkan ukhuwwah + saling berpesan-pesan :)



BAGAIMANA sih ?



First of all , kte akan bagi invitation kat e-mail .

Accept invitation tue ... Then , dia akan bg ruang e-mail(username) + Password .

Masukkan je e-mail + Password hak milik masing-masing .. ~

Then , tekan butang colour biru " Accept Invitation"



Then ...... Kalian sudah berjaya memasuki blogspot !!! Kalian akan berada di ruang " Dashboard "



Dari situh , cari perkataan "New Post" ... tekan !



Posting!Posting! ~



Di ruang "create" - Posting

Tersedia ruang untuk anda posting .



Setelah selesai ...

Please kategorikan "posting" yang anda buat ( cr kalimah show all ) ..... sama ada :


  • ++At10Tion++ ; sbrg pengumuman , benda penting dll

  • ++Cakna_Ummah++ ; isu palestin , isu antarabangsa , isu semasa dll

  • ++Madah_Tinta++ ; puisi , lirik lagu , cerpen best , dll

  • ++Pengalaman++ ; haaaaaaah ! cerita pglmn PLKN ke , STAM ke , Driving , Kerje , jalan2 dll

  • ++Tazkiah Nafs++ ; cam tazkirah + muhasabah dll

  • ++Tokoh++ ; biografi mana2 tokoh , cikgu2 dll

Mudahkan ?



then cari butang colour oren : "Publish POst"



jeng ... jeng....


SIAP ! ALHAMDULILLAH

Wednesday, January 7, 2009

BOIKOT! ^


Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE [dll] peringkat Negara pada 09/01/09 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

D
aripada Nu'man bin Basyir r.a, Nabi s.a.w. bersabda :


" kemesraan , kasih sayang, dan berbelas kasihan antara orang Mukmin diibaratkan seperti satu jasad ; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar"
[riwayat al-Bukhari dan Muslim]





Daripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda :

" tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri "
[riwayat al-Bukhari dan Muslim]


* selanjutnya berita boikot PPIM
[klik sini] atau terus ke produk2 yg diboikot

Tuesday, January 6, 2009

Mawar idaman Mujahid ....


Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhu’mu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan…

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keredhaan, sifat qanaah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah..




Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian. Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.


Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki.


Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat, dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)






Dr. 'Aidh Al-Qarni : Kita menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat .

Perjuangan di Bumi Berdarah

Perjuangan menuntut darah di tanah gersang ini

Tanah yang dulunya suci kini berubah menjadi tanah kotor

Tempat berkumpulnya rasa benci

Pihak manakah yang akan kau bantu wahai musafir?



Pihak yang menumpahkan darah

atau pihak yang bermandikan darah

untuk membela sebidang tanah?



Teruskan perjalananmu wahai musafir

Di sini bukan tempat untuk berpesta

Bukan juga tempat untuk bersuka-ria

Inilah tempat di mana..

Semua Mujahidin berhimpun

Berdiri atas kaki sendiri mengekang musuh-musuh mereka

Menyekat dengan semua kudrat dan kekuatan

Berbekalkan keimanan dan ketaqwaan

Bersama-samalah dengan kami andai kamu mahu berjuang



Namun tinggalkan kami sekiranya kamu enggan

Kami akan menunggu kedatangan bantuan dari ALLAH

Kami yakin ianya akan tiba

Apabila tiba masanya









**Penulis puisi ini, Abu Hurairah, merupakan seorang remaja yang mengalami masalah pendengaran. Ia mengisahkan perjuangan Palestin dan siapa yang akan membebaskannya.

Saturday, January 3, 2009

Back 2 Scho0l !!!!!




ALHAMDULILLAH ~





Lembaran 2009 telah membuka tirainya . Tarikh 4 Januari 2009 .. meriahlah SMKA MAAHAD HAMIDIAH meraikan para generasi Rabbani .





Selaku ex-Hamidians , ana mendoakan lembaran 2009 di Maahad Hamidiah akan menjadi lebih baik + ceria + soleh , berbanding tahun-tahun sebelumnya . Bak kata Baginda s.a.w ;





RUGI siapa yang 2 harinya SAMA


CELAKA siapa yang 2 harinya MAKIN TERUK


BERUNTUNG siapa yang 2 harinya MAKIN BAIK





Ana pasti 100% ... Bila menjejakkan kaki je di bumi Maahad , pasti bergunung azam yang akan dipasakkan . Bagi STPM nye , nak all 5 principles . Bagi Form 5 nye .. Nak all straight A1 dalam SPM , dah tak nak dah dapat merah je dalam AddMath + Physics . Bagi yang Form 3 nye pon sama , gapai 9A menjadi azam 2009 . Tak lupa juga pada adik-adik Form 4 .. tak nak honey-moon . Nak master subjek F4 tahun ni , supaya tak lingkup time F5 kang ! Begitu juga Form 2 , yang nak bersedia untuk PMR 2010 ... Buat adik-adik Form 1 lak , nak jadi matang !



Bukan setakat azam yang melangit tinggi je , pasti persiapan untuk mengotakan azam turut serta . Tengok senior Form 5 , sure dah beli segala macam jenis terbitan + warna + inci ketebalan buku latihan + rujukan untuk persiapan SPM nanti . Physic je dah 5 buku rujukan , AddMath je dah 10 buku latihan .. Bionye lagi , Chemistry lagi .. Huh , Akaun pon tak kurang banyak buku sampingan !



Tapi , hakikatnya ........................................ bila bulan 1 berganti dengan bulan 2 , disusuli pula bulan 3 , then April .. Mei ... Semangat yang dipasakkan kian longgar ~~~~


Aduih !!! ~ di mana silapnya ? kenapa cepat sangat lemah semangat ek nak study ?? mana laa ilangnye semangat awal tahun dulu ?????


Jadinya , tips untuk SEMANGAT tak mudah down dimakan hari + waktu ialah .......... Satu sahaja . Nampak cam simple , tapi bagi impak besar dalam hidup !


N I A T


Simple je kan . 4 huruf je nak eja . ~ Tapi janganlah sesekali kita memandang sebelah mata pasal niat nie . 4 huruf nie laa yang akan memastikan semangat tak luntur dek hujan dan panas yang menimpa diri .


" Kelesuan selepas bermujahadah ( berusaha ) adalah kesilapan pada langkah
pertama ( niat ) "


Jadinya , duhai Hamidians & anda yang disayangi Lillahi Ta'ala , 'setting'kanla NIAT dalam segenap lapangan hidup .


Setiap sesuatu perbuatan dimulakan dengan NIAT . Dan setiap NIAT akan
diganjari pahala .


Sebagai generasi Rabbani yang soleh , NIAT kita pastinya disandarkan LILLAHI TA'ALA semata-mata . Moga , dengan NIAT Lillahi , jika kita rasa tension atau lemah .. ALLAH ada di sisi dan Maha Berkuasa untuk membantu + beri keajaiban pada hamba yang mengingati-Nya .


Teringat satu saranan Imam Ibn Taimiyyah . Dia kata pasanglah NIAT banyak-banyak dalam satu-satu perkara . Kenapa ? kerana , kalaulah tibe-tibe terasa RIYA' kat hati dalam satu-satu perbuatan , kita masih ada 'back-up' NIAT !


Apalagi ..


jom pasang


NIAT !


Thursday, January 1, 2009

WASPADA puji-memuji

SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah.
Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.
Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya.
Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” (Surah an-Nisaa, ayat 49)

Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya. Mereka juga berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 111)

"Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri." (Hadis riwayat Muslim)

Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)