? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, August 22, 2009

Bonus Ramadhan :)



Sesungguhnya bulan Ramadhan mempunyai kelebihan dan
keistimewaan yang banyak dan tidak terdapat di bulan-bulan yang
lain. Keistimewaan ini adalah dari sudut pelaksanaan ibadah dan
kelebihan menghidupkannya. Di antara keistimewaan bulan ini
ialah:

a. Keistimewaan ibadah puasa.

Ibadah puasa berfungsi untuk menyemai dan menyuburkan ketakwaan
dan sifat kehambaan kepada Allah SWT. Puasa juga merupakan
ibadat yang difardhukan kepada umat yang terdahulu dan
termasuklan umat Nabi Muhammad SAW. Ketaatan untuk melaksanakannya
merupakan "ta'abbud" kepada Allah dan jika dilaksanakan
dengan penuh keikhlasan dan penghayatan yang baik,
maka kesan yang terhasil amat hebat iaitu lahirnya individu-individu
muslim yang mempunyai jati diri yang kental.

b. Kelebihan dan keistimewaan Lailatul Qadar.

Rebutlah peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari
1000 bulan atau 83 tahun ini.
Malam yang hanya berlaku setahun
sekali ini adalah dipenuhi dengan keistimewaan kerana Allah SWT
menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan
kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berusaha
mendapatkannya dengan amal ibadat seperti solat, membaca al-
Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. Prof Dr Hamka mengungkapkan
dalam Tafsir al-Azhar; Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan yang
tinggi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW kerana itulah permulaan
Malaikat Jibril as menyampaikan wahyu kepadanya.

c. Khabar gembira daripada Rasulullah SAW.

Kedatangan bulan Ramadhan telah dinyatakan sebagai khabar
gembira daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya
sebagaimana hadis baginda:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang
penuh keberkatan di mana telah diwajibkan kepada kamu
berpuasa. Di bulan inilah pinu langit dibuka seluas-luasnya, ditutup
rapat pintu neraka, diikat pula pergerakan syaitan, di bulan
iniah juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu
bulan. Jadi sesiapa yang terlepas akan keberkatan dan
kebaikan malam tersebut maka dia adalah orang yang rugi
dan terlepas dari segala kebaikan malam itu"

d. Keampunan daripada Allah SWT.

Kedatangan Ramadhan merupakan penghapus dosa yang
dilakukan oleh manusia jika bulan tersebut dipenuhi dengan amalan
yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Malah kedatangannya
pada tahun ini akan menghapuskan dosa yang lalu selama seorang
hamba tidak melakukan dosa-dosa besar. Hadis Rasulullah SAW
ada menyatakan:

"Solat lima waktu, satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang,
dari satu Ramadhan ke Ramadhan yang akan datang adalah
penghapus dosa bagi seorang muslim selama mana dia menjauhi
perbuatan dosa besar"

e. Pintu syurga ar-Rayyan dibuka dan dikhaskan kepada orang
yang berpuasa.

Pintu syurga yang bernama ar-Rayyan disediakan khas bagi orang
yang berpuasa, akan berhias dan mengindahkan suasana di syurga
bila menjelang kedatangan Ramadhan. Rasulullah SAW ada
bersabda:

"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang disebur
ar-Rayyan, dipanggil dan diseru pada hari kiamat nanti;
manakah dia orang-orang yang berpuasa? Lalu bila orang
yang terakhir dari mereka telah masuk ke dalamnya, maka
pintu itupun ditutup"

0 comments: