? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, January 12, 2009

Belum Layak Lagi..

Lelaki Idaman Saya adalah Seorang Lelaki yang Beriman
Yang Hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan Ilmu
Yang Solatnya adalah Maruah Dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang yang berjuang di jalan Allah
Yang Istiqomah dengan perjuangan menegakkan Islam…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan Ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan Harta Dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan, walaupun musuh Allah sentiasa mendatang…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki yang menghormati Ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga Rukuntangga
Yang akan mendidik Isteri dan Anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana Dunia baginya adalah Persinggahan
Dan Akhirat adalah Singgahsana kenyataan…

Lelaki Idaman Saya sentiasa bersedia menjadi Imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbual dan berbicara
Yang menjaga matanya daripada kemungkaran
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan Rahmat Allah ke atasnya…

Lelaki Idaman Saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya lesu kerana kepenatan membaca
Suaranya serak kerana penat Mengaji, Berzikir dan Berjihad
Bangunnya Subuh penuh Kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah dengan penuh kematangan…

Lelaki Idaman Saya sentiasa mengingati Mati
Yang baginya hidup di dunia adalah Ladang Akhirat
Yang mana Buah Kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan Perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki
Yang tidak terpesona dengan Buaian Dunia
Kerana Dia mengimpikan Syurga
Di sanalah Rumah Idamannya
Dan Dia ingin membawa Saya bersama
Dia lah Lelaki Idaman Saya..

Tapi jauh di sudut hati sedar dan insaf
Tak layak kumendambakan yang terbaik
Andai diri ini belum bisa menjadi yang terbaik..

0 comments: