? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 3, 2009

Back 2 Scho0l !!!!!




ALHAMDULILLAH ~





Lembaran 2009 telah membuka tirainya . Tarikh 4 Januari 2009 .. meriahlah SMKA MAAHAD HAMIDIAH meraikan para generasi Rabbani .





Selaku ex-Hamidians , ana mendoakan lembaran 2009 di Maahad Hamidiah akan menjadi lebih baik + ceria + soleh , berbanding tahun-tahun sebelumnya . Bak kata Baginda s.a.w ;





RUGI siapa yang 2 harinya SAMA


CELAKA siapa yang 2 harinya MAKIN TERUK


BERUNTUNG siapa yang 2 harinya MAKIN BAIK





Ana pasti 100% ... Bila menjejakkan kaki je di bumi Maahad , pasti bergunung azam yang akan dipasakkan . Bagi STPM nye , nak all 5 principles . Bagi Form 5 nye .. Nak all straight A1 dalam SPM , dah tak nak dah dapat merah je dalam AddMath + Physics . Bagi yang Form 3 nye pon sama , gapai 9A menjadi azam 2009 . Tak lupa juga pada adik-adik Form 4 .. tak nak honey-moon . Nak master subjek F4 tahun ni , supaya tak lingkup time F5 kang ! Begitu juga Form 2 , yang nak bersedia untuk PMR 2010 ... Buat adik-adik Form 1 lak , nak jadi matang !



Bukan setakat azam yang melangit tinggi je , pasti persiapan untuk mengotakan azam turut serta . Tengok senior Form 5 , sure dah beli segala macam jenis terbitan + warna + inci ketebalan buku latihan + rujukan untuk persiapan SPM nanti . Physic je dah 5 buku rujukan , AddMath je dah 10 buku latihan .. Bionye lagi , Chemistry lagi .. Huh , Akaun pon tak kurang banyak buku sampingan !



Tapi , hakikatnya ........................................ bila bulan 1 berganti dengan bulan 2 , disusuli pula bulan 3 , then April .. Mei ... Semangat yang dipasakkan kian longgar ~~~~


Aduih !!! ~ di mana silapnya ? kenapa cepat sangat lemah semangat ek nak study ?? mana laa ilangnye semangat awal tahun dulu ?????


Jadinya , tips untuk SEMANGAT tak mudah down dimakan hari + waktu ialah .......... Satu sahaja . Nampak cam simple , tapi bagi impak besar dalam hidup !


N I A T


Simple je kan . 4 huruf je nak eja . ~ Tapi janganlah sesekali kita memandang sebelah mata pasal niat nie . 4 huruf nie laa yang akan memastikan semangat tak luntur dek hujan dan panas yang menimpa diri .


" Kelesuan selepas bermujahadah ( berusaha ) adalah kesilapan pada langkah
pertama ( niat ) "


Jadinya , duhai Hamidians & anda yang disayangi Lillahi Ta'ala , 'setting'kanla NIAT dalam segenap lapangan hidup .


Setiap sesuatu perbuatan dimulakan dengan NIAT . Dan setiap NIAT akan
diganjari pahala .


Sebagai generasi Rabbani yang soleh , NIAT kita pastinya disandarkan LILLAHI TA'ALA semata-mata . Moga , dengan NIAT Lillahi , jika kita rasa tension atau lemah .. ALLAH ada di sisi dan Maha Berkuasa untuk membantu + beri keajaiban pada hamba yang mengingati-Nya .


Teringat satu saranan Imam Ibn Taimiyyah . Dia kata pasanglah NIAT banyak-banyak dalam satu-satu perkara . Kenapa ? kerana , kalaulah tibe-tibe terasa RIYA' kat hati dalam satu-satu perbuatan , kita masih ada 'back-up' NIAT !


Apalagi ..


jom pasang


NIAT !


0 comments: