Nama sebenarnya ,,, UMAR B. AL-KHATTAB B. NAUFAL . Beliau dari suku Quraisy Bani Adi . Lahir pada tahun 583M … dan mendapat gelaran al-FAROUQ , yakni pemisah antara HAK & BATIL . Gelaran ini telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. .
Selain dari KETEGASAN & KBERANIAN , Saidina Umar r.a juga terkenal sebagai ahli sastera yang HEBAT , penyair yang BIJAKSANA dan semestinya seorang yang sangat ADIL dan TAAT pada perintah ALLAH .
Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a ,, banyak Negara telah berada di bawah pemerintahan Islam , termasuklah Palestin , di mana terletaknya Baitul Maqdis . Saidina Umar al-Khattab telah Berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau al-Quds dari kekuasaan Rom yang zalim . Penduduk al-Quds ketika itu majoritinya beragama kristian , menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintahan Rom sebelum itu . Setelah al-Quds berada di tangan Islam , penduduk kristian di situ ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar al-Khattab sendiri dan enggan membuat perjanjian dengan mana-mana pemerintah Islam yang lain . Hal ini demikian kerana , mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar al-Khattab yang sangat terkenal dengan sifat keADILan dan KASIHnya terhadap golongan miskin , fakir dan mustadaffin .

Justeru , Khalifah Umar al-Khattab r.a memenuhi permintaan penduduk al-Quds . Beliau berangkat ke sana dengan diiringi seorang pembantu dan seekor unta sebagai tunggangan dari Madinah . Oleh kerana ada seekor unta sahaja , maka Khalifah Umar dan pembantunya bersetuju untuk bergilir-gilir menunggang unta tersebut . Di mulai dengan Khalifah dan seterusnya pembantunya sehinggalah mereka tiba ke kota al-Quds .
Apabila hampir tiba di kota al-Quds , tibalah giliran pembantunya menaiki unta tersebut dan Khalifah Umar pula perlu berjalan kaki . Pembantu Khalifah enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan Khalifah Umar al-Khattab r.a . Pada pendapatnya , tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedang Khalifah pula berjalan kaki dan sewajarnya Khalifah di beri penghormatan menunggang unta , bukan dirinya .
Namun , Khalifah Umar enggan dan marah dengan sikap pembantunya , kerana hal ini bercanggah denagan persetujuan di antara mereka berdua …. Dan kini , merupakan giliran pembantunya menuggang unta . Dengan TEGAS , Umar menyuruh pembantunya menunggang unta . Menurut Khalifah Umar ;
“ Inilah ajaran ISLAM . KEADILAN adalah hampir kepada TAQWA , aku tidak
sedikitpun keberatan berjalan kaki sedang engkau menunggang unta . Terpulanglah
kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsuran masing-masing . Aku sanggup
member penjelasan jika mereka kehendaki . Nah , sekarang ikut perintahku !Ikut
perintah khalifahmu … Naiklah unta ini ! ”

Setelah memasuki kota al-Quds , beduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan Khalifah Umar al-Khattab r.a , namun , ternyata mereka kaget melihatkan situasi ; apabila Khalifah berjalan kaki sedang si pembantu menunggang unta . Hati mereka benar-benar terusik .. hairan dan kagum . Betapa besarnya perbezaan yang dapat mereka lihat antara pemerintahan Rom dan Islam . Insiden ini benar-benar menambahkan rasa hormat mereka terhadap pemerintah Islam yang begitu randah diri .
0 comments:
Post a Comment