? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, May 2, 2008

.::. taNguNgjaWab kiTa beRsAmA .::.



assalamualaikum...

"Palestin dan Baitul Maqdis mempunyai kedudukan yang sangat tinggi.Hal ini sudah disepakati oleh seluruh kaum muslimin serta seluruh kelompok, mazhab dan aliran-aliran dan sudah merupakan ijmak umat dari satu hujung dunia sampai ke hujung dunia yang lain.Maka tidaklah menghairankan apabila seluruh kaum muslimin selalu konsisten dalam membela, ingin sangat (ghairah), melindungi tanah, kehormatan dan kesucian Baitul Maqdis serta mengorbankan jiwa, raga dan harta benda dalam melindungi dan mengusir para pencerobohnya" -Dr. Yusof Qhardawi-

Pesanan Hassan al-Banna; (memetik dari buku Memperingati 100 Tahun Hassan al-Banna)

Ingat lah!!bahawasanya bagi kamu 2 matlamat yang utama;

"hendaklah kamu membebaskan tanah air umat Islam dari cengkaman setiap kuasa asing, kerana kebebasan itu adalah hak semulajadi bagi setiap manusia yang tidak pernah diingkari oleh sesiapa pun, melainkan penzalim dan diktatorat."

"hendaklah kamu membangunkan tanah air kamu yang merdeka itu; negara Islam yang merdeka bagi melaksanakan hukum-hakam Islam dan melaksanakan sistem sosiologi Islam, yang diseru akan prinsipnya yang lurus, dan sampaikan padanya akan seruan dakwah dengan penuh kebijaksanaan, kepada manusia dan sebagaimana tidak tertegak padanya akan sebuah negara Islam, maka sesungguhnya orang Islam telah berdosa keseluruhannya, dan mereka itu bertanggungjawab dihadapan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, kerana kelalaian mereka dalam menegakkannya, dan kelekaan mereka dari menyumbang ke arahnya, dan mengembalikan sisitem pemerintahan bagi umat Islam dengan membebaskan negara umat Islam ini lalu dihidupkan keagungannya semula."

"dimana tanggungjawab kita???"

Ketika Israel dan sekutunya mengegarkan kedamaian Palestin dan Baitul Maqdis,dimanakah kita??Adakah kita turun menghunus senjata bersama mereka?Atau sekurang-kurangnya menadah tangan mendoakan mereka??Atau kita sekadar mahu menunggu dipersoalkan di akhirat kelak??

"dimana tanggungjawab kita???"

Ketika tanah air kita bebas merdeka,adakah kita mempertahankan AGAMA kita??Atau adakah kita bersyukur dengan nikmat yang kita ada??Adakah kita meletakkan Islam itu sebagai yang tertinggi??Atau adakah kita hanya bersenang-lenang dan bersuka-ria??

rasulullah bersabda;

"sesungguhnya setiap manusia itu adalah pemimpin dan di akhirat kelak dia akan disoal tentang orang yang dipimpinnya"

"adakah kita memimpin diri kita untuk memimpin Islam??"

bersama kita renung dan ubah diri kita!!

posted by;

rda;Editor I

http://dear-butterfly.blogspot.com/

3 comments:

~ qisti zahra' ~ said...

Salam FT dan Pencinta Kebenaran,

SIAPAKAH SYIAH?

Tiada bukti langsung FT syiah. FT pun takkan mengaku dia syiah. Sebabnya, dia memang bukan syiah. Saya yakin sepenuh-penuhnya, dia pun sedar diri dia siapa. Orang syiah pun takkan nak iktiraf FT sebagai syiah.

Dalam sebuah kitab tafsir Ahlis Sunnah, berjodol Ad-Durrul Manthur karya Imam Suyuti ada diterangkan siapakah syiah. Terjemahannya seperti berikut:

"Dari Ibni Asakir, dari Jabir Bin Abdullah ra berkata,'Kami sedang bersama Nabi saaw. Datanglah 'Ali kw. Nabi pun bersabda,'Demi nyawaku di tanganNYA. Inilah dia [merujuk kepada Saiyidina 'Ali kw] dan syiahnya. Merekalah orang-orang yang berjaya di hari Qiamat.' Maka turunlah ayat,'Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, mereka itulah sebaik-baik manusia [Surah Al-Baiyinah : Ayat 7].' Dengan itu bila saja sahabat-sahabat Nabi saaw bertemu 'Ali kw, mereka akan berkata,'Telah datang sebaik-baik manusia.'"

Perawi Hadis ni adalah Abdullah Bin Jabir ra. Tahukah anda siapa Abdullah Bin Jabir Bin An-Nukman? Beliau adalah ketua angkatan pemanah tentera Islam dalam peperangan Uhud. Beliau syahid di Bukit Uhud kerana mempertahankan dan istiqamah dengan perintah Nabi saaw agar jangan ditinggalkan Bukit Uhud biar apa pun terjadi. Bak kata orang Melayu,"Biar halilitar membelah bumi sekalipun, jangan sekali-kali kau tinggalkan Bukit Uhud."

Perawi hadis ini mati syahid di bulan Syawwal di medan Uhud. Masa kita beraya sakan di bulan Syawwal, kita lupakan Abdullah Bin Jabir ra. Memang ustaz-ustaz kitapun tak pernah suruh kita ingat pengorbanan Syuhadak Uhud di bulan Syawwal. Mufti Perlis pun tak pernah ingatkan kita. Kita bergembira, sedangkan mereka menderita. Kita ketawa, sedangkan mereka menitiskan darah dan airmata.

Berasaskan Hadis di atas, syiah adalah pengikut sebaik-baik manusia selepas Nabi saaw. Oleh kerana mereka mengikut sebaik-baik manusia, Nabi saaw pun mengiktiraf mereka dalam golongan sebaik-baik manusia. Syiah adalah ahli syurga.

Takkan FT adalah sebaik-baik manusia? Dia yakinkan orang lain lain supaya mengikut perangai sebaik-baik manusia. Dari Nabi saaw, Nabi-nabi as, Ahlil Bait Nabi saaw dan syiah 'Ali kw. Tapi dia bukan syiah.

Mustahillah FT seorang syiah. Sebab hebat sangat syiah tu kalau ikut Hadis di atas. Kalau ikut Hadis di atas, menjadi syiah semacam idaman setiap insan yang beriman.

Tapi kalau Nabi saaw di langit sana mendoakan demikian, untunglah FT. Sebab doa Nabi saaw, tiadalah siapa yang dapat menghalang doa itu dari sampai ke hadrat ILAHI lalu DIA memakbulkannya.

Salawat

~ qisti zahra' ~ said...

Salam Ft dan Pencinta Kebenaran,

Promufti kata:
"4.Qisti Zahra:Berasaskan Hadis di atas, syiah adalah pengikut sebaik-baik manusia selepas Nabi saaw. Oleh kerana mereka mengikut sebaik-baik manusia, Nabi saaw pun mengiktiraf mereka dalam golongan sebaik-baik manusia. Syiah adalah ahli syurga. --> ini kenyataan pengikut syiah"

Inilah berkat ikut ajaran mufti perlis tu. Bukak lah kitab tafsir tu. Kan Nabi saaw kata,

"Mereka ['Ali kw dan syiahnya] adalah faaizun(orang-orang yang berjaya) di akhirat."(Jilid 6, mukasurat 643)

Bila Nabi saaw dah kata begitu, tiada kesimpulan lain lagi. Memang syiah adalah ahli syurga. Terlampau taksub kat ketokohan mufti perlis, habis prinsip mentaati Nabi saaw dicabarnya.

Bagi pencinta kebenaran, saya terjemahkan satu lagi Hadis Nabi kita saaw dar kitab yang sama:

"Dari Ibnu Abbas ra, beliau berkata,'Ketika turunnya ayat:Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, mereka itulah sebaik-baik manusia (Surah Baiyinah : Ayat 7), bersabdalah RasuluLLAH saaw kepada 'Ali kw,'Engkaulah 'Ali dan syiahmu. Di hari kiamat kamu semua redha dan diredhai.'"(Jilid 6, mukasurat 643)

Silalah tuan-tuan sendiri membuat kesimpulan atau mendapatkan bimbingan dari mana-mana ulamak soleh mengenai Hadis-hadis di atas.

Eloklah juga saya nyatakan di sini judul kitab itu sepenuhnya buat semua pencinta kebenaran.

JUDUL KITAB:
"Ad-Durrul Manthur Fit Tafsiril Ma'thur : Wa huwa Mukhtasarun Tafsirun Tarjamaanul Quran"

NAMA PENGARANG:
Imam Jalaalud Din Abdur Rahman Bin Abi Bakr As Suyuti Asy Syafie. Imam ini bukan sekadar bermazhab Sunni tetapi bermazhab Fiqah Syafie lagi.

Setakat ini, saya mendapati kalimah syiah Ali adalah pertama mula digunakan oleh Nabi saaw sendiri. Kita kenalah ikut Nabi saaw. Tiada perintah minta kita ikut mufti perlis. Kita diperintahkan ikut Nabi saaw dengan penuh kefahaman dan keyakinan.

DOAkan saya jadi syiah 'Ali kw. Saya akan banyak-banyak berterimakasih kepada tuan-tuan, pencinta kebenaran yang dirahmati ALLAH. Saya juga menDOAkan tuan-tuan sedemikian.

Salawat

~ qisti zahra' ~ said...

Salam FT dan Pencinta Kebenaran,

Berikut adalh koresponden saya dan Kami Penggerak Ummah(KMU). Mungkin ini adalah hasil doa Almarhum Imam Khomeini untuk generasi kami.

Salam KMU dan Pencinta Kebenaran,

Saudari menyatakan:

"tntang hadith yg dikatakan..yakin ke yg hadis tu benar2 shahih?? tak kira siapa perawinya,tp benar kah ianya shahih?"

Pertanyaan ini membimbangkan. Sebagai pelajar sekolah agama, kita tak wajar yang bertanya soalan sedemikian rupa. Kan kita belajar Ulum Hadis atau Mustalah Hadith. Ilmu hadis terbahagi 2. Ilmu riwayah dan Ilmu Dirayah.

Ilmu Riwayah adalah mengenai sifat adil para perawi. Untuk mengetahui sejauhmana keadilan mereka, kita gunakan kajian-kajian "jarh wat ta'dil". Apabila ulamak-ulamak mengakui sifat adil seseorang perawi, maka hadis yang diriwayatkan itu akan diberikan taraf kesahihannya, samada sahih, hasan, dhaif atau sebagainya.

Malangnya, bila saudari menyatakan "tak kira siapa perawinya", bermakna saudari telah bertindak bertentangan dengan disiplin Ilmu Hadis. Kedudukan perawi itu amat penting bagi menentukan kesahihan sesuatu Hadis yang diriwayatkan oleh perawi Hadis itu. Saya cadangkan saudari dapat merujuk perkara ini kepada Ustaz atau Ustazah di Maahad Kajang.

Dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis, terdapat juga kriteria yang berbeza di antara disiplin-disiplin ilmu dalam Islam. Contohnya, dalam Ilmu Fiqh, ulamaknya menggunakan kriteria yang berbeza jika dibandingkan dengan kriteria ulamak Ilmu Hadith. Untuk lebih jelas lagi, Imam Hanafi menggunakan hadis-hadis yang tidak diterima sebagai sahih mengikut Imam Bukhari. Malahan, mazhab Hambali berpandukan kitab Hadis "Musnad Ibn Hanbal" jika dibandingkan dengan "Jamius Sahih" susunan Imam Bukhari. Pendek kata, apa yang dikatakan tidak sahih oleh Imam Bukhari, boleh saja diterima sebagai sahih oleh ulamak yang lain.

Contoh yang paling ketara lagi adalah mengenai Imam Hakim. Beliau telah menyusun kitab "Mustadrak Alas Sahihaini"(Tambahan kepada 2 Kitab Sahih Bukhari dan Muslim). Menurut Imam Hakim, hadis-hadis yang beliau nyatakan dalam kitab itu telah tidak dinyatakan di dalam kedua-dua kitab Imam Bukhari dan Imam Muslim. Tetapi bagi Imam Hakim, Hadis-hadis yang dinyatakan dalam kitab "Mustadrak" adalah bertaraf sahih mengikut kriteria Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Ini bermakna kesahihan sesebuah hadis bukanlah hanya terhad kepada kitab hadis Imam Bukhari dan Muslim atau Sunan Sittah sahaja.

Begitu juga ulamak Tafsir. Imam Suyuti lahir setelah berkurun lamanya dari Imam Bukhari. Tentulah beliau telahpun sedia maklum dan telahpun mempelajari Ilmu Hadis jauh lebih baik dari mana-mana ustaz sekarang. Banyak hadis-hadis yang beliau nyatakan, tentulah telah melalui proses penapisan yang ketat sepertimana juga amalan Imam Hakim tadi.

Sikap kita sebagai orang yang tak berilmu tetapi terus cuba mendalami Ilmu Hadis, mestilah menghormati apa jua hadis yang diriwayatkan oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Dalam kes perbincangan kita, kita kenalah memberi penghormatan yang sewajarnya kepada Imam Suyuti Asy Syafie yang menerima periwayatan Hadis-hadis berkenaan dari ulamak-ulamak sehingga kepada Sahabat Nabi saaw sebelum menyebut sabda Nabi saaw itu.

Kalaupun kita tidak bersetuju dengan makna zahir matan Hadis itu, cukuplah kita katakan hadis itu mempunyai takwil yang tidak kita ketahui lagi. Tanpa terus kita menolaknya. Pengkajian Ilmu Dirayah akan membantu kita menyelami makna sesuatu Hadis.

Demi kesucian Maahad Kajang yang dah banyak berjasa kepada abah, hormatilah apa jua hadis yang diriwayatkan oleh ulamak-ulamak muktabar.

Saudari menyatakan seterusnya:

"...yg kedua,kalau benar hadith itu shahih,adakah syiah yg ada sekarang ni benar2 syiah yg dimaksudkan oleh rasulullah?"

Pengiktirafan RasuLULLAH begitu tinggi kepada syiah. Oleh itu sukarlah saya atau sesiapa pun untuk menyatakan mana-mana kumpulan sebagai syiah.

Saya kemukakan kata-kata Imam Jaafar as Sadiq:

"Syiah Ali adalah orang yang:
1) menjaga perut dan kemaluannya;
2) hebat jihadnya;
3) bersangatan amal ibadahnya;
4) mengharap pahala Tuhannya;
5) takutkan siksa Tuhannya.
Kalau engkau melihat orang-orang seperti ini, mereka itulah syiah Jaafar [As Sadiq]."

Imam Jaafar Sadiq juga berkata:

"Janganlah kamu terbawa-bawa oleh mazhab-mazhab. Sebab, syiah kami hanyalah orang yang taat kepada ALLAH."

Saya rasa yang saudari maksudkan adalah orang-orang yang mengaku menganut mazhab syiah. Adakah mereka juga syiah Ali kw yang dimaksudkan Nabi saaw dalam hadis tu?

Kalaulah ada penganut mazhab syiah yang mengaku demikian, saudari sebutkan saja kata-kata Imam Jaafar Sadiq tadi. Pasti mereka tunduk malu kalau mereka bercita-cita untuk menjadi syiah Ali kw. Kalau mereka jenis ujub, mereka melenting, jelaslah mereka bukan syiah Ali kw.

Saudari menyatakan:

"sbb setahu sy,syiah ni ader syahadah sendiri.."

Eloklah kita memahami mereka sebelum menuduh mereka yang bukan-bukan. Dalam kitab doa mereka yang terkenal, "Mafatihul Jinan"(Kunci-kunci untuk Syurga-syurga) hanya menyebut kalimah "Syahadatain"(2 kalimah Syahadah) bila merujuk kepada syahadat. Sama macam mazhab kita jugak.

Dalam kitab Fiqh mereka, contohnya "Fiqh Al Imam Jaafar As Sadiq" karya Jawad Mughniyah, telah dinyatakan dengan jelas dan ijmak oleh semua ulamak Fiqh Jaafari bahawa kalimah "Asyhadu anna Aliyau WaliyULLAH" bukan bagian dari azan dan barangsiapa mengucapkannya dengan niat sebahagian dari azan, bererti dia telah membuat bid'ah dalam agama dan telah memasukkan sesuatu yang di luar agama ke dalam agama.

Saudari menyatakan lagi:

"lagi satu,ader satu perayaan yg mereka sambut,sgt melampaui batasan sebab sanggup mencederakan diri sendiri tanda merasai kesakitan ali..(lebih kurang la..)
so,sy harap penjelasan.."

Itu hanyalah budaya tempatan bukan ibadah. Setelah mereka berkuasa di Iran melalui Revolusi Islam, amalan sedemikian semakin berkurangan hasil tarbiyah ustaz-ustaz mereka. Begitu juga di wilayah kekuasaan HezbuULLAH di Lebanon.

Tetapi berbeza di Iraq, Pakistan, India dan Afghanistan yang kuasa politiknya tidak dipegang oleh ulamak. Amalan tersebut masih banyak. Biarpun ulamak-ulamak mereka telah cuba melarang, kesannya masih belum nampak walaupun berlaku pengurangan.

Elok juga kita muhasabah amalan kita. Kita berpuasa pun sebab nak merasai agar memahami penderitaan orang miskin yang kelaparan. Penghayatan kita tentunya lebih mendalam jika kita berpuasa demi memahami betapa deritanya Nabi kita saaw ketika dipulaukan selama 3 tahun oleh Quraisy Mekah. Sehinggakan umat Islam ketika itu memakan apa saja yang dirasakan basah di malam hari. Keesokan harinya, yang disangka basah itu rupanya tahi unta.

Kita berkhemah di hutan pun tentunya lebih bermakna jika kita ingin memahami betapa hebatnya pengorbanan tentera kita dan tentera Islam yang berjuang menegakkan agama kita.

Kita rasaikan apa jua kesakitan yang disimulasikan agar kita lebih memahami dan menghargai penderitaan orang lain yang mengalami penderitaan sebenar. Kita bangun tahajjud dalam keadaan mengantuk. Agar kita memahami betapa ibu kita tetap menninggalkan tidurnya biarpun badan letih dan mengantuk demi ingin menyusukan kita yang menangis laparkan susu ketika kita masih kecil.

Abah kata masa abah jadi pemidato Maahad Kajang, Ustaz Ghazali selalu berpesan,"Sebelum kita ingin membantah atau menyokong sesuatu hujah, fahamilah dulu hujah itu. Jika tidak, penghujahan kita takkan dapat pahala."

Semoga ALLAH mendekatkan kita lagi dengan maqam Taqwa. Doakan saya agar dapat bersolat tahajjud pada malam ini dan malam-malam berikutnya agar dapat saya rasai apa yang Nabi kita saaw rasai di keheningan malam yang sunyi.

Salawat

May 29, 2008 11:03 AM

Blogger rabiatul adawiyah sulaiman said...

salam,,
syukran sbb sudi berkongsi ilmu yg ada,sy bukan arif dlm ilmu agama ini,masih terlalu sedikit yg sy ada,:))

May 31, 2008 8:56 PM

Doakan kami agar dapat menjejaki kesan-kesan yang ditinggalkan Nabi kita saaw, yang ditajallikan melalui hamba-hambaNYA seperti Imam Khomeini.

Tiada ucapan yang dapat kami katakan. Tiada kasih yang dapat kami curahkan. Hanyalah doa yang dapat kami kirimkan. Buat ayahanda Khomeini yang meninggalkan kami sebelum sempat membelai wajah dan rambut kami. Seperti Fatimah Az-Zahra' ra membelai wajah dan rerambut Saiyidina Hasan dan Husain ra beberapa saat sebelum kewafatannya. Jangan lupa menyebut nama cucu mu ini tika Ahmad saaw dan Ali kw menziarahi mu di alam barzakh.

Salawat

7:19 PM